Penuh sampah, pengunjung, 'port' cantik bergambar dengan kapal terbang ditutup

Iklan
02

BARU-BARU ini tular di media sosial satu port cantik untuk dikunjungi dan bergambar berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Port tersebut dikatakan penuh dengan kehadiran pengunjung lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_66137" width="768"] Foto Twitter Malaysia Airports[/caption]

Iklan

Namun setelah tempat cantik itu dibanjiri orang ramai, tular pula video kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports.

Iklan

Menurutnya, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka.

Akan tetapi, viewing deck di situ masih dibuka dan korang yang mahu melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempat lebih selamat.

[caption id="attachment_66136" width="768"] Foto Internet[/caption]

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya yang belum sempat berkunjung berasa sedih dek penutupan tersebut.

Malah, ada warga maya menzahirkan rasa marah kepada pengunjung lokasi itu kerana membuang sampah merata-rata tempat.

Dalam pada itu juga ada yang bersetuju kawasan terbabit ditutup kerana ada pengunjung yang meletak kenderaan di bahu jalan yang merbahayakan pengguna jalan raya lain.

Itulah, sepatutnya kita sama-sama jaga kebersihan walau di mana pun berada.