Nynaa dan suami berbaik semula

Iklan
NYNAA HARIZAL

KEMELUT rumah tangga pelakon Nynaa Harizal, 25, dan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, berakhir apabila mereka berbaik semula sejak beberapa hari lalu.

Pasangan berkenaan juga kelihatan mesra sejurus keluar dari kereta jenis Bentley untuk menghadiri prosiding sebutan semula kes bagi permohonan kembali taat kepada suami di Mahkamah Syariah di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yusof Sulaiman, kedua-duanya bersetuju untuk berdamai.

Sebelum berakhir prosiding, Mohd Yusof sempat menasihati pasangan suami isteri itu supaya sentiasa berkomunikasi kerana perbincangan merupakan penyelesaian terbaik.

Iklan

"Jika diam, tiada komunikasi, masalah akan jadi.

"Kalau pagi itu tidak bercakap, petang itu dah kena geletek (bergurau senda) isteri, biar ada komunikasi," katanya.

Iklan

Pada 11 November lalu, Mohamed Fahmi memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah di sini supaya isterinya kembali taat.

Permohonan tersebut difailkan Mohamed Fahmi sebagai plaintif terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal selaku defendan.

(FOTO & TEKS: NOOR AZLIDA ALIMIN)