JIKA sebelum ini ramai yang masih berteka-teki status kehamilan pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa kini ia telah terjawab.
Itu berikutan kenyataan peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang tidak mahu kes mahkamah ke atas pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor itu berlarutan disebabkan keadaan anak guamnya itu yang sedang hamil.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sebelum ini, Neelofa, 32, memilih untuk tidak menafikan mahupun mengesahkan spekulasi sedang berbadan dua.
Beliau malah berkata berita gembira yang dinantikan ramai itu pasti dikongsi pada masa yang sesuai.
Dewi Remaja 2009/10 itu hadir bagi prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kompleks Mahkamah Seremban pagi tadi.
Selebriti cantik itu jelas kelihatan sedang sarat mengandung dan dipimpin tangan oleh suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail ketika berjalan.
Dalam prosiding tersebut, Mahkamah Majistret Seremban melepas tanpa membebaskan Noor Neelofa dan suaminya daripada tuduhan melanggar SOP Perintah PKBB pada 2 Mei lalu.
Bagaimanapun mahkamah menetapkan 21 Disember ini bagi membuat keputusan membebaskan kedua-dua tertuduh berkenaan.
Baca juga Nynaa dan suami berbaik semula
Neelofa dan PU Riz atau Ustaz Muhammad Haris disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu.