Setelah kemarau panjang, warga wilayah 'merasa' cuti kelepasan am 3 Disember

Iklan
01

UMUM maklum Kuala Lumpur City FC (KL City FC) telah mengakhiri kemarau 32 tahun sebaik muncul juara Piala Malaysia selepas membenam Johor Darul Takzim (JDT) 2-0, kelmarin.

Susulan kejuaraan dalam final TM Piala Malaysia 2021 tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini, 3 Disember 2021.

Iklan
Iklan

Ujar beliau lanjut, kemenangan KL City FC baru-baru ini juga merupakan pencapaian terbaik pasukan itu setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia.

Iklan

Iklan

Menjengah ke laman sosial, rata-rata warga tiga wilayah tersebut menyambut baik dan gembira dengan pengumuman tersebut.