"Berdosa siapa kecam saya" - Janji lelaki bogel KL ke Johor tetap dituntut ramai

Iklan
02

KERANA mulut badan binasa! Begitulah perumpamaan yang boleh dikatakan kepada seorang lelaki ini.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok dan laman sosial sebuah video dipercayai seorang peminat bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Iklan
Iklan

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan membuat kenyataan yang dia sanggup berbogel dari Kuala Lumpur (KL) hingga ke Johor sekiranya KL City FC menewaskan JDT dalam perlawanan berkenaan.

Iklan

Setelah itu, netizen mula mencarinya untuk menuntut dia menunaikan janjinya untuk berbogel.

Iklan

Namun selepas itu individu berkenaan ada memuat naik sekeping gambar dengan berbaju T kuning menulis"minta maaf..tak jadi bogel KL ke Johor... saya ada sesak nafas." tulisnya.

Namun video berkenaan telah dipadam tetapi sempat ditangkap layar netizen.

Rata-rata warga maya mengecam tindakan beraninya itu dan meminta dia bertindak menunaikan janji yang diberikan.

Baca juga Warkah terakhir seorang ibu tular, sebelum meninggal dunia titip pesanan memilukan

Hantaran tersebut bagaimanapun tidak meredakan kecaman orang ramai terhadapnya. Ramai yang terus mengasak dia agar terus menunaikan janji yang di katakannya beberapa hari lalu.

Begitulah, cakap jangan sebarang cakap ya. Jika berjanji perlulah ditepati!