Amaran cuaca buruk di Pantai Timur, hujan lebat dijangka berterusan. Ini langkah bersedia awal

Iklan
fenomena hujan pelik

BUAT penduduk di negeri sebelah Pantai Timur, korang dinasihatkan supaya lebih berhati-hati pada musim tengkujuh ini.

Iklan
Iklan

Hujan lebat yang kini sedang melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur juga dijangka berlarutan dan keadaan akan menjadi semakin buruk.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, Amaran Cuaca Buruk dikeluarkan untuk sembilan kawasan di Kelantan.

Iklan

Amaran yang sama turut dikeluarkan untuk negeri Terengganu membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus serta Kuala Terengganu.

Iklan

Amaran Cuaca Waspada pula melibatkan daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.

Menurut kenyataan itu, angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

Sementara itu, ini persedian awal yang boleh diambil bagi menghadapi musim tengkujuh;

Persediaan sebelum banjir (di rumah);

1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat korang.

2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.

3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.

4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat korang.

5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.

6. Pastikan seluruh keluarga korang mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

Semoga bermanfaat!