Yasmin Hani dan suami bawa haluan masing-masing

Iklan
YASMIN HANI

PELAKON dan pengacara Yasmin Hani mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan dia dan suami, Sha'arin Razali, kini sudah membawa haluan masing-masing selepas lebih sedekad mendirikan rumah tangga.

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 42, menerusi menerusi satu hantaran yang dilakukan menerusi laman Instagramnya pada Jumaat seolah-olah memberi bayangan tentang kehidupan baharu yang bakal ditempuhinya selepas ini.

Iklan
Iklan

"Kami dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama. Kami berdua bersetuju akan memulakan perjalanan baharu secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

"Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

Iklan

"Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” katanya.

Bagaimanapun bintang drama bersiri Hotel itu tidak mendedahkan tentang punca perpisahannya dan suami.

Iklan

Dalam perkongsian sama, Yasmin mengharapkan agar orang ramai dapat menghormati dan memberi sedikit privasi kepada keluarga mereka.

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk doa anda. Biarpun kami memilih jalan berbeza, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang saling menyayangi dan ada beberapa hal membuatkan kami lebih dekat berbanding sebelumnya.

"Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa. Hubungan sebagai ibu bapa sangat kami utamakan dan kami memohon agar ruang dan privasi kami dihormati.

"Mari kekalkan aura positif. Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja dan bergerak ke hadapan,” katanya.

Yasmin dan Shahrin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.