Nia Ramadhani tampil ceria, bergaya hadir perbicaraan di mahkamah curi perhatian ramai

Iklan
01

JULAI lalu, pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani menggemparkan dunia hiburan apabila ditangkap bersama suami akibat penyalahgunaan dadah.

Iklan
Iklan

Penampilan aktres cantik itu sentiasa diperhatikan ramai.

Terbaharu, penampilan terkini yang kelihatan ceria dan bergaya ketika menghadiri sesi perbicaraan berhubung kes dadah yang dihadapinya sekali gus mencuri tumpuan banyak pihak.

Iklan

Nia tampil mengenakan pakaian jenama mewah dan kelihatan lebih 'sihat serta ceria' berbanding ketika mula-mula ditahan polis sebelum ini.

[caption id="attachment_52292" width="800"] Nia Ramadhani antara aktres popular di Indonesia dan mula dikenali menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah.[/caption]

Iklan

Dalam sesi perbicaraan baru-baru ini, Nia mengenakan busana hitam sedondon dengan suaminya, selain rambutnya yang dipotong pendek.

Aktres itu turut memakai seutas jam jenama mewah dan kasut tumit tinggi berwarna putih.

Penampilan aktres itu sentiasa menjadi sorotan pelbagai pihak, termasuk peminatnyang tidak putus memberi sokongan kepada Nia.

Nia ketika ini berdepan perbicaraan berhubung kes penyalahgunaan dadah di Mahkamah Pengadilan Negeri, Jakarta Pusat.

Baca juga Yasmin Hani dan suami bawa haluan masing-masing

Sebelum ini, ibu tiga anak itu ditangkap oleh polis bersama suaminya selepas menemukan sejumlah dadah jenis syabu seberat 0.78 gram di rumahnya, selain alat menghisap dadah tersebut.

Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat dan mengakui mengambil bahan terlarang terbabit sejak beberapa bulan lalu.