Bapa Vanessa Angel nekad gali semula kubur

Iklan
VANESSA

DEMI menunaikan amanah terakhir anaknya, bapa kepada Vanessa Angel nekad untuk menggali dan memindahkan jenazah pelakon, penyanyi dan model itu.

Jelas Doddy Sudrajat, dia membuat keputusan itu bagi memenuhi wasiat Vanessa yang mahu dikebumikan berhampiran kubur ibunya.

Iklan
Iklan

"Ketika Vanessa masih hidup dan menziarahi kubur mamanya, dia memaklumkan mahu dikebumikan bersama mamanya sekiranya usia tidak panjang.

"Malah dia juga mahu saya dikebumikan di lokasi sama dan kami ada makan keluarga di satu tempat,” ujarnya.

Iklan

Biarpun tindakannya itu mendapat kecaman ramai, Doddy berkata, dia sudah mendapat persetujuan daripada keluarga terdekat.

"Inikan satu wasiat, ia adalah permintaan oleh Vanessa sendiri. Jadi saya harus lakukan secepat mungkin.

Iklan

"Keluarga besar kami juga sudah bersetuju untuk memindahkan kuburnya dan Vanessa akan dikebumikan satu liang lahad dengan mamanya,” jelas Doddy.

Ditanya mengapa dia tidak memutuskan untuk mengebumikan Vanessa seperti yang dimahukan sebelum ini, Doddy menjelaskan, dia berada dalam dilema.

"Waktu itu saya dalam dilema. Saat itu saya fikir, cubalah nanti dibincangkan. Ada dilema, sebab keluarga Faisal (bapa Febri) ingin mereka suami isteri dikuburkan sama-sama.

"Sedangkan saya ingin Vanessa dikebumikan satu liang lahad bersama dengan mamanya. Sebab saya ingat dia pernah berbicara seperti itu,” ujarnya.

[caption id="attachment_66492" width="800"] Vanessa dikebumikan dalam satu liang lahad bersama Febri di Taman Pemakaman Umum (TPU) Malaka, Pesanggrahan, Jakarta Selatan.[/caption]

Vanessa dan suaminya, Febri Andriansyah maut dalam sebuah nahas jalan raya pada 4 November lalu di Tol Jakarta-Surabaya berhampiran kawasan Nganjuk.

Kemalangan tragis tersebut turut mengakibatkan kecederaan kecil kepada tiga penumpang lain termasuk anak mereka, Gala Sky Ardiansyah.