Tak pernah dapat piala, anugerah, Bell Ngasri luah tak pernah malu

Iklan
02

UMUM maklum sebuah program TV yang menyaksikan persaingan sengit antara pelawak tanah air sedang rancak dipertonton menerusi siaran berbayar, Astro.

Iklan
Iklan

Pengumuman yang dibuat pada minggu ke lapan penyiarannya pada Jumaat lalu yang menyatakan tiga kumpulan layak meneruskan perjuangan ke minggu akhir iaitu Tiro, Boro dan Tobat.

Minggu lalu juga menyaksikan kumpulan Tobat yang dianggotai oleh Bell Ngasti, Ajak dan Pak Kodi itu mengguli tangga pertama menerusi dua tema persembahan iaitu Pesta Keraian bersama KFC dan Komedi Bermoral bersama agamawan atau motivator.

Iklan

Ia sekali gus melayakkan kumpulan itu memenangi Anugerah Pedas Lawak Tak Ingat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta produk Adabi bernilai RM500.

Iklan

Bell dikatakan 'mencurahkan' isi hatinya apabila rakan sepasukan Ajak yang mengatakan kesal dan malu kerana kumpulan mereka dikatakan tidak lawak ketika di pertengahan persembahan.

Setelah itu, tanpa disedari dialog yang dilontarkan oleh Bell sangat sayu dan membuatkan penonton sebak.

Ia seakan luahan ikhlas yang dirinya sudah berkali-kali menyertai pertandingan tersebut dan belum pernah mencapai juara.

Malah, Bell turut mengatakan dirinya juga tidak pernah mengecapi apa-apa anugerah walaupun telah lama dalam industri.

Luahan berkenaan ternyata meruntum hati ramai. Rata-rata warga maya tampil mencoretkan kata-kata semangat buatnya.

Selamat maju jaya Bell Ngasri!