BERITA baik buat warga Selangor. Kini korang boleh mendapatkan suntikan dos penggalak percuma bermula esok.
Ini kerana kerajaan Selangor akan melaksanakan pemberian sebanyak 157,000 dos penggalak tersebut di bawah Program Vaksin Selangor (SelVax) menerusi Program SelVax Booster.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ini info ringkas mengenainya;
1. Penduduk di Selangor berumur 18 tahun ke atas yang sudah menerima dua dos vaksin boleh mendapatkan dos penggalak jenis Sinovac di klinik Selcare berhampiran.
2. Senarai klinik Selcare bagi program ini boleh didapati di laman sesawang https://selcareclinic.com/our-clinic/
3. Boleh juga melalui aplikasi SELangkah dan orang ramai digalakkan mendaftar terlebih dahulu di laman sesawang berkenaan.
Dalam pada itu, kata beliau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) turut meluluskan sejumlah RM 10.7 juta peruntukan bagi melaksanakan Program Pengurusan Covid- 19 Assessment Centre (CAC) dan Pemantauan Pesakit Yang Menjalani Kuarantin Kendiri Melalui Aplikasi SELangkah ke seluruh Selangor.
Jadi, apa tunggu lagi. Rebut peluang yang diberikan sebaiknya.