Ayuh langsaikan saman sementara JPJ tawarkan diskaun 80 peratus!

Iklan
Ayuh langsaikan saman sementara JPJ tawarkan diskaun 70 peratus!

BAGI pengguna jalan raya yang pernah mendapat 'surat cinta' dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), ini berita baik buat korang.

Korang kini boleh menarik nafas lega apabila JPJ menawarkan pengurangan bayaran saman kompaun sebanyak 80 peratus kepada semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) bermula 9 hingga 12 Disember ini.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pengurangan bayaran saman itu dilaksanakan sempena sambutan Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Khamis ini.

Iklan

Menurutnya, kemudahan bayaran saman itu turut disediakan menerusi kemudahan Unit Mudah Alih JPJ dan Kioks JPJ di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan seluruh pejabat JPJ di seluruh negara.

Iklan

Katanya, pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun seperti disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

Namun, tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang telah didaftarkan di mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap yang belum Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA).

Dalam pada itu, orang ramai disarankan membuat semakan status saman terlebih dahulu, terutama rekod yang melibatkan saman AES (melalui portal mySIKAP JPJ), atau di mana-mana Kaunter Pejabat JPJ.

Justeru, rebutlah peluang untuk melangsaikan saman yang ada dalam waktu ini.