“4-0 keputusan sekarang…” – Almy Nadia selamat bersalin

Iklan
Untitled design (90)

PELAKON, Datuk Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak perempuan keempat mereka pada pukul 3.49 pagi, Rabu.

Menurut Fizz atau nama sebenarnya, Fairuz Zainal Abidin, 40, bayi berat 2.76 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin. 4-0 keputusan sekarang,” kongsi Fizz menerusi Instagramnya.

Dalam pada itu, Almy memberitahu, anak keempatnya ini dilahirkan seminggu lebih awal daripada jangkaan dan berterima kasih kepada suami tercinta yang menemaninya dari awal proses bersalin.

Iklan

"Baby keluar seminggu awal pada usia kandungan 37 minggu, jantina mesti semua dah tahu kot kan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa ada dengan saya sampai selesai semua," katanya.

Iklan

Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan tiga cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, dan Nur Afrina Ayra, 3, serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12.

Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 35, pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu pada Februari tahun lalu.