Nurul Nadia reda anak bongsu alami masalah sumbing selepas jalani pembedahan caesar

Iklan
fac-s

Oleh SITI FARAH ELIANI SOLLEH

SEORANG ibu, Nurul Nadia Fazira Mohd Yatim, 28, berkata, beliau reda apabila fizikal anak bongsunya tidak sempurna apabila dilahirkan sumbing.

Iklan
Iklan

Kata Nurul Nadia, hal itu tidak dimaklumkan oleh doktor pada awal kehamilan, namun selepas melahirkan Airil Zafran Zuhairi secara pembedahan caesar ekoran saiz kepala si kecil yang besar, barulah pihak hospital memberitahu situasi sebenar.

Iklan

Wanita itu turut memberitahu, berdasarkan salasilah keluarganya dan suami, tiada seorang pun daripada mereka mempunyai masalah tersebut.

Bercerita lanjut, Nurul Nadia berkata, antara cabaran utama menjaga Airil Zafran adalah ketika mahu memberinya susu.

Iklan

Enggan cepat mengalah dan terus mendapatkan nasihat pakar, ibu tabah itu berkata, satu pembedahan khas untuk memperbaiki sumbing pada bibir dan lelangit telah dilakukan pada tahun lepas ketika si comel itu berusia lapan bulan.

"Kini, anak saya sudah berusia satu tahun dan keadaannya sentiasa dipantau rapi. Insya-ALLAH, satu lagi pembedahan untuk lelelangitnya pula akan dilaksanakan. Kami sedang menunggu tarikhnya saja.

"Ya, meskipun anak saya dijangka akan mempunyai isu pertuturan pada masa akan datang, namun alhamdulillah dia tidak mempunyai masalah pada telinganya sehingga memerlukan tiub dipasang," kata wanita yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu.

BACA JUGA Sumbing bukan derita sepanjang hayat. Ini beberapa syor pakar untuk merawat masalah itu

Ditanya tentang perkembangan terkini Airil Zafran, Nurul Nadia berkata, permata hatinya semakin beransur baik.

Seperti yang dimaklumkan pakar kepada Nurul Nadia, jika secara kebetulan beliau hamil anak seterusnya, kemungkinan potensi untuk mendapat bayi sumbing sekali lagi agak agak tinggi.

"Doktor kata, bayi saya boleh sumbing pada mulut dan lelangit atau salah satu daripadanya," jelasnya.