PENDAKWAH, Ebit Lew sememangnya terkenal dengan sifat pemurah membantu insan memerlukan.
Terkini, bapa kepada empat cahaya mata itu sedang dalam misi kemanusiaannya di kawasan Favela di Rio De Janeiro, Brazil.
Dalam catatan terbaharu di media sosialnya, Ebit menceritakan situasi di kawasan tersebut yang disifatkan sebuah kawasan setinggan yang bahaya dan senjata api bagaikan ‘permainan’ di kawasan itu.
Iklan
Menurut Ebit, walau seram, berkat sunnah dan niat membantu orang susah, mereka menyambut dengan sangat baik.
Iklan
Perkongsian foto Ebit dikelilingi senjata itu ternyata mengundang kerisauan ramai dan warga maya mendoakan yang terbaik buatnya.