PERKARA yang paling ditakutkan dalam sebuah hubungan pernikahan adalah penceraian.
Namun jika tiada jalan penyelesaian, itu mungkin langkah terbaik yang boleh diambil jika tiada lagi persefahaman antara pasangan suami isteri walaupun ia amat perit untuk diterima.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Namun lain pula kejadian kepada satu pasangan ini yang dilihat begitu gembira setelah berpisah.
Sehinggakan mereka berdua boleh berjoget sakan mungkin terlalu gembira dengan penceraian tersebut.
Menerusi video berdurasi 14 saat dikongsi pengguna TikTok @noralunia, dia menyatakan dirinya menari bersama bekas suami di hadapan Kompleks Pentadbiran Agama Islam, Teluk Intan, Perak, setelah bergelar janda.
[caption id="attachment_40194" width="1024"] PERKAHWINAN suatu ikatan suci yang perlu dipelihara kerukunannya dan usah sesekali mencemarinya dengan ikatan gantung tidak bertali kerana ia menganiaya pasangan.[/caption]
Tindakan kedua-dua individu terbabit mengundang rasa kurang senang orang ramai yang menganggap ia satu tindakan tidak beradab serta memalukan diri.