SINAR PLUS 12 OKTOBER 2021

Iklan
Untitled design (11)

LAGU Kepuraanmu telah melonjakkan nama Luqman Faiz sehingga pernah melayakkan beliau bersaing pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-34.

Meskipun rezeki tidak berpihak kepadanya, anak jati Selangor itu tetap tidak putuh asa dan kembali dengan taruhan baharu bertajuk, Boneka Cinta.

Iklan
Iklan

Mengintai peluang untuk menceburi bidang lakonan dan ingin membawakan watak antagonis, pemilik nama lengkap Luqman Abd Halim Faiz itu bagaimanapun ingin menamatkan pengajiannya yang masih berbaki satu semester sahaja lagi.

Seperkara yang menarik perhatian penulis ketika bersembang dengannya, jejaka berusia 21 tahun itu berkata, beliau bakal menjadi 'dulang boy' pada acara pernikahan sahabat baiknya, Haqiem Rusli pada penghujung tahun ini. Namun, tarikhnya masih lagi menjadi rahsia.

Iklan

Bercerita soal perkahwinan, selebriti yang memiliki pita suara yang lunak itu mendedahkan bahawa dirinya sedia menjalinkan hubungan dengan wanita yang lebih tua daripadanya!

Apakah yang mendorong dirinya memiliki kecenderungan sebegitu? Siapakah Joker dalam diri Luqman? Apakah lagi yang beliau ceritakan dengan penulis?

Iklan

Ingin tahu lebih lanjut, dapatkan akhbar Sinar Ahad menerusi sisipan Sinar Plus minggu ini. Layari juga sinarplus.sinarharian.com.my