BILA sebut mengenai majlis perkahwinan, pasti akan membuatkan sesiapa sahaja tersenyum lebar mengenangkan memori kemeriahan pada hari tersebut.
Pelbagai peristiwa yang berlaku pada tarikh keramat itu yang mana pengantin baharu diraikan keluarga mentua.
Tambah lagi bila kehadiran saudara mara yang ramai sangat memeriahkan suasana.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Apa yang mencuri perhatian ramai apabila pengantin tersebut diminta mencari isterinya dalam kumpulan bunjut kain batik!
Menerusi video tersebut, pada awalnya lelaki berkenaan masih lagi tersenyum untuk mengangkat bungkusan bunjut pertama namun wajahnya bertukar sedikit cuak apabila dua kali salah meneka.
Difahamkan kejadian itu di Perak dan permainan tersebut hanyalah suka-suka bagi suai kenal pengantin dan sanak saudara.
Video yang dikongsi @faizalangah46 itu berjaya mendapat lebih 2.2 juta tontotan dan hampir 150,000 tanda suka setakat ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kemeriahan keluarga tersebut.