Wanita Terengganu dakwa temui muntah ikan paus, 6 fakta mengenainya

Iklan
1

Ambergris atau muntah ikan paus digelar 'emas terapung' kerana nilainya yang tinggi.

Mungkin ramai tertanya mengapa muntah paus mahal harganya tapi tahukah anda, bahan tersebut itu banyak digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_67353" width="800"] Ikan paus sperma menghasilkan muntah bernilai tinggi dan digunakan dalam pembuatan minyak wangi.[/caption]

Media sering kali melaporkan bahan tersebut ditemui nelayan negara luar, misalnya Thailand, Indonesia dan Filipina.

Iklan

Baru-baru ini tular kisah daripada portal berita tempatan melaporkan wanita di Chukai, Terengganu menemui bahan itu.

[caption id="attachment_67350" width="800"] Kredit foto: Kosmo[/caption]

Iklan

Berikut adalah 10 fakta mengenainya.

1. Wanita dikenali Aida Zurina Long menemuinya ketika memancing bersama keluarganya di Marang.

2. Ia ditemui pada akhir bulan lalu.

3. Pada mulanya dia menganggap objek itu sampah.

4. Bapanya seorang nelayan memberitahu ia adalah muntah ikan paus.

5. Apabila dibakar, objek berkenaan dikatakan meleleh dan mengeluarkan bau wangi.

6. Aida sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menentukan kesahihan objek itu.

Oktober lalu, SinarPlus melaporkan nelayan dari Surat Thani, selatan Thailand ini yang menemui muntah ikan paus seberat 30 kilogram bernilai AS$1.2 juta (RM 5 juta).

Baca juga: Nelayan Bakal Bergelar Jutawan Segera, Jumpa ‘Emas Terapung’ RM5 Juta

Ambergris sering digelar sebagai harta karun laut atau ‘emas terapung.’

Objek ini pada awalnya berbau hanyir namun lama-kelamaan mereput menghasilkan bau wangi seakan alkohol isopropil.

Ia lazimnya digunakan dalam penghasilan minyak wangi sebagai pengikat kepada bahan wangian yang membolehkan haruman tersebut kekal lama

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!