Azzam Sham cuba lawan arus

Iklan
Untitled design (96)

PENYANYI Azzam Sham mengakui, pada mulanya dia berasa ragu-ragu untuk menyanyikan single Baby Bambam kerana sudah terbiasa dengan lagu bergenre balada.

Namun, bagi mencabar diri melakukan sesuatu yang berbeza, penyanyi berusia 24 tahun itu akhirnya bersetuju menyanyikan lagu ciptaan Ejai Aziz dan digubah semula Apak Harry Khalifah.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya single Baby Bambam dirakamkan sebelum saya menyertai program Big Stage lagi pada tahun lalu.

"Disebabkan beberapa halangan seperti pandemik dan sebagainya, saya ambil keputusan untuk lancarkan single Cinta Jangan Pergi terlebih dahulu.

Iklan

"Pada mulanya memang ada ragu-ragu untuk menyanyikan lagu ini, takut tidak bersesuaian dengan vokal saya. Tetapi berpaksikan mahu melawan arus dan bantuan Apak, saya teruskan projek ini.

"Apak juga cadangkan saya menyanyikan lagu ini dengan menerap elemen klasikal, bersesuaian dengan vokal saya yang besar,” jelasnya ketika ditemui pada sesi sidang media secara maya baru-baru ini.

Iklan

Berharap sokongan semua peminat dan pendengar muzik tempatan, lagu Baby Bambam kini boleh didengari di semua digital platform. Manakala muzik video boleh ditonton di saluran YouTube Rusa Music.

Tuju pada tunang

Dalam pada itu, diusik adakah dia menujukan single baharunya ini buat tunangnya, Sheryl Shazwanie, Azzam tidak menafikannya.

[caption id="attachment_67360" width="800"] Sheryl begitu istimewa di hati Azzam.[/caption]

"Sebelum ini Sheryl memang agak berisi. Tetapi sejak lama duduk rumah kerana kawalan pergerakan, beratnya turun pula.

"Apapun saya tetap tujukan lagu ini buat dia dan sebenarnya Baby Bambam ini adalah kesinambungan lagu duet Jangan Ragu dendangan saya bersama Sheryl,” ujarnya.

Tambah Azam, Sheryl juga ditampilkan dalam muzik video Baby Bambam dan kehadirannya adalah kejutan syarikat rakaman, Rusa Music.

"Pengarah video muzik terpaksa menukar plot cerita dengan kehadiran kucing yang tembam. Jadinya, judul single ini secara tepat menggambarkan Sheryl sebagai ‘baby’ dan ‘bambam’ pula dirujuk kepada kucing berkenaan,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai majlis perkahwinannya, Azzam berkata, mereka dijangka disatukan awal tahun depan dan 80 peratus p ersiapan sudah dilakukan.

"Cuma, tarikh tepat majlis akad nikah belum dapat didedahkan. Saya bimbang keadaan semasa pandemik termasuk kehadiran varian baharu.

"Kita mampu merancang, hanya ALLAH menentukan. Doakan urusan perkahwinan kami dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, Azzam dan Sheryl saling mengenali pada 2015, namun, mula akrab sejak 2017 sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada akhir 30 September lalu.