Air mata Shiha Zikir, diperlekeh rakan artis tanpa sebab

Iklan
Shiha

DI sebalik keterujaannya tercalon dalam empat kategori di Anugerah MeleTOP ERA 2021, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir sebenarnya masih terkesan dengan momen diperlekeh oleh seorang rakan artis.

Memilih untuk merahsiakan identiti artis berkenaan, figura berusia 34 tahun itu menyifatkan berita gembira yang diterima pada Selasa sebagai hikmah bersabar atas ujian kecil yang diberikan.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_67534" width="800"] Shiha tidak dapat menahan sebak sejak awal temubual bersama media.[/caption]

"Bila kita cakap pasal award, nama Shiha untuk masuk pencalonan awal orang tidak pandang. Sebab itu sejak masuk industri dari 2010, Shiha dilahirkan dengan jiwa tidak pernah kejar populariti, cipta kontroversi untuk jadikan viral.

Iklan

"Shiha masuk industri untuk cari duit, jaga mak sampai sekarang.

"Kenapa Shiha rasa sebak… Shiha tahan je dari tadi.. Sebab sakit nak jadi Shiha, Shiha tahan, orang hanya nampak Shiha happy kat luar.

Iklan

"Padahal ada yang memperlekehkan apa Shiha buat, yang kutuk sampai Shiha alami panic attack berkali-kali, tapi ada Shiha kongsi benda itu di media sosial, tidak…

"Ada kawan dalam industri yang call Shiha, kutuk kaw-kaw, dia cakap, kau balik rumah, kau cermin muka kau. Kau layak ke?

"Walaupun ada yang cuba buat Shiha down, tetapi Shiha akan terus kuat melangkah ke depan,” katanya yang tidak dapat menahan sebak dan air mata.

Ditanya mengenai perbualan dan cemuhan yang diterima daripada rakan artis terbabit, Shiha berkata, dia sendiri tidak menjangkakan perkara itu berlaku.

"Kami bukan baru kenal dan dia pun sudah popular. Masa mula-mula dia call, Shiha happy tetapi bila dia kutuk, Shiha hilang kata-kata.

"Sepanjang 20 minit kami berbual, ada ketikanya Shiha hanya terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa. Shiha hanya mampu minta maaf dan memberitahu Shiha hanya mencari rezeki dalam dunia seni.

"Pembantu peribadi Shiha yang berada bersama ketika itu juga geram mendengar kata-katanya, tetapi Shiha kata tak apalah, ada hikmah di sebalik semua ini,” jelasnya.

[caption id="attachment_67533" width="800"] Hilang kata-kata diperlekehkan teman seindustri, Shiha tekad untuk tidak patah semangat.[/caption]

Menerusi penganjuran anugerah itu, Shiha tersenarai dalam empat pencalonan mengikut kategori berbeza iaitu Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Group/Duo MeleTOP ERA dan Lagu MeleTOP ERA.

AME2021 bakal berlangsung pada 30 Januari 2022 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menampilkan pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Foto : Azrul Rafie (Astro)