Usia muda lagi tapi dah botak? Boleh cuba cara ini!

Iklan
B14791BF-2CE4-4AD6-BDF3-7F0CB015C04E

STRES setiap kali sikat rambut mesti gugur. Bila buka ikatan rambut, ada rambut yang tersangkut pada getah . Lantai pun bersepah dengan rambut.

Rasanya masalah ini dikatakan berlaku kepada setiap wanita. Mesti macam-macam syampu sudah dicuba tapi masih ada lagi yang gugur.

Iklan
Iklan

Apatah lagi semakin hari terasa semakin nipis pula rambut yang ada, jika dibiarkan bimbang akan nipis dan akhirnya terlihat botak.

Oleh itu, segeralah cari rawatan atau anda boleh mengamalkan kaedah ini untuk mengurangkan rambut gugur anda.

Iklan

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah bunga cengkih. Anda perlu masukkan beberapa biji bunga cengkih ke dalam syampu dan boleh guna seperti biasa.

Iklan

Tidak kisah syampu jenama apa sekali pun, anda boleh menggunakan kaedah ini.

Petua ini banyak digunakan oleh orang Arab selain dapat mengurangkan rambut gugur, ianya juga boleh mendapatkan rambut yang lebat dan sihat, mengurangkan rambut berminyak, kulit kepala gatal dan kelemumur.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fb

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif