[VIDEO]Bersih! Wanita kongsi cara mudah siang ikan guna chopstick, berus gigi

Iklan
03

TAHUKAH korang rupa-rupanya ada cara paling mudah siang ikan.

Jika biasanya kita membelah perut ikan menggunakan pisau atau gunting, kini ada kaedah yang lebih senang.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Buat korang yang ‘jarang-jarang’ menyiang ikan, risau tangan terluka jika guna peralatan tajam boleh ikut cara siang ikan yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok bernama Syifa Jamil.

Hanya perlu menggunakan chopstick dan berus gigi saja tanpa perlu membelah perut ikan tersebut. Mudah sangat!

Iklan

Kalau ikan masih segar, baru senang bila nak cuci sebab tak lembik dan isi perut tak terkeluar.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warga maya teruja dengan kaedah yang digunakan.

Dalam perkongsian yang sama, kelihatan ikan yang disiang sangat bersih. Bolehlah korang mencuba!

Semoga bermanfaat!

Kredit: TikTok Syifa Jamil