TV AlHijrah terus saji program menarik

Iklan
Untitled design - 2021-12-18T181357.258

TV AlHijrah terus konsisten mengorak langkah memperkemaskan visi dan misinya dalam menjadi stesen peneraju utama penyampaian nilai Islam.

Terbaru, stesen televisyen Islamik itu menyiarkan sebuah program berjudul Rasulullah SAW Bersabda. Program itu adalah tajaan Yayasan Maghfirah, sebuah organisasi berdaftar secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang–Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Rancangan Rasulullah SAW Bersabda disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 8.30 malam, selama 10 episod. Rancangan ulangannya pula akan disiarkan pada setiap Khamis, jam 5 petang.

Secara ringkasnya, Rasulullah SAW Bersabda adalah sebuah rancangan bual bicara rohani yang meletakkan objektif utama untuk memperkenalkan masyarakat dengan ilmu-ilmu hadis.

Iklan

Rancangan ini turut memberi penekanan kepada syarahan hadis yang dapat memberikan pencerahan lebih jelas terhadap permasalahan rakyat Malaysia pada zaman ini.

Dihoskan oleh Prof. Madya Ahmad Sanusi Azmi, rancangan itu membawa misi besar iaitu membudayakan dakwah serta menggerakkan potensi ummah berpandukan hadis agar kita mampu menjadi khalifah terbaik di muka bumi ALLAH.

Iklan

Selain itu, ia turut melatih masyarakat untuk mengidolakan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan utama dalam kehidupan seharian.

Selain daripada rancangan Rasulullah SAW Bersabda, TV AlHjrah turut menyiarkan rancangan istimewa lain pada bulan ini seperti Hijrahkan Laguku (Sabtu, 9 malam), Cinta Ilmu (Isnin hingga Rabu, 7.30 malam), Analisis (Jumaat, 6 petang), Tijarah (Khamis, 5.30 petang), Syariat Tarekat Makrifat (Rabu, jam 9 malam), Biografi Agung (Khamis jam 8.30 malam) dan Gema Haflah (bermula 31 Disember, Jumaat, 9 malam).