PELAKON dan usahawan, Fizo Omar bersama pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak tersangkut di pertengahan jalan selepas tanah runtuh berhampiran Bentong.
Fizo yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan memaklumkan, semua jenis kenderaan tidak dapat melalui lokasi itu pada ketika ini.
Iklan
Iklan
"Tanah runtuh di Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur. Semua kereta sangkut di sini, nak patah balik ke Karak pun tak boleh sebab banjir dan air sudah mula melimpahi jalan.
"Sesiapa yang merancang untuk ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak, baik tangguhkan dahulu, tak lepas,” kongsinya melalui Instagam miliknya kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
Rata-rata rakan selebriti dan pengikut media sosialnya mendoakan keselamatan Fizo dan semua yang terlibat.
Difahamkan, Fizo sebelum itu ke Kuantan bagi menghadiri sebuah program di sana.
Artikel Berkaitan