SINAR PLUS 19 DISEMBER 2021

Iklan
Untitled design (8)

SEBELUM bergelar penjaga gol futsal kebangsaan, Niena Azman rupa-rupanya merentas pelbagai episod suka dan duka sebelum menempatkan diri dalam sukan berkenaan.

Pandangan pesimis masyarakat hampir melunturkan semangatnya, namun kehadiran ibu tercinta telah membenamkan segala persepsi negatif terhadap penglibatan dan keupayaan wanita menceburkan diri dalam sukan lasak itu.

Iklan
Iklan

Meskipun giat mengukir nama sebagai atlet kebangsaan, isteri kepada Rody Kristal itu nampaknya mempunyai aura dalam bidang seni. Buktinya, beliau pernah muncul dalam beberapa program di kaca televisyen.

Adakah selepas ini, Niena akan bergiat aktif sebagai anak seni atau sebaliknya dan sampai bila empunya diri mahu terus kekal aktif dalam arena sukan?

Iklan

Kepada penulis, wanita jelita itu turut mengisahkan pengalaman ngerinya apabila disahkan positif Covid-19 bersama anak beliau yang masih kecil beberapa bulan lalu.

Segala inti pati cerita mengenai atlet kebangsaan itu dileraikan sepenuhnya menerusi sisipan SinarPlus dalam akhbar akhbar Sinar Ahad hari ini.

Iklan

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Daging harimau menangis versi Akmaliyah, Inap desa dekorasi Inggeris dan Tiada ubat spesifik untuk rawat beguk.