Tiga bulan simpan rahsia, Ariff Bahran sudah bergelar suami

Iklan
Untitled design - 2021-12-19T022628.773

TIGA bulan menyimpan kejap rahsia peribadinya, penyanyi yang semakin meningkat naik, Ariff Bahran mendedahkan sudah bergelar suami kepada Amirah Syazwani Mohd Ridzuan, 27, menerusi acara Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021), pada Sabtu.

Menurut wakil syarikat pengurusan Rusa Music, Ariff, 23, majlis pernikahan mereka telah diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga kedua pihak di Jabatan Agama Islam Shah Alam pada 3 September.

Iklan
Iklan

"Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Ariff sebelum itu tampil mengejutkan penonton ADS 2021 apabila dilihat menyarungkan cincin dan mencium dahi seorang wanita ketika membuat persembahan bersama Sarah Suhairi.

Iklan

Pengacara ADS 2021, Nabila Huda dan Ain Edruce kemudiannya memaklumkan wanita itu adalah isteri Ariff yang sudah dinikahi tiga bulan lalu.

Dalam pada itu, lebih manis lagi, Ariff bakal tampil dengan single berjudul Melodi Hati dicipta khas oleh dirinya dan lirik bersama penulis Rasya Haikal buat isteri tercinta.

Iklan

"Lagu itu juga ditujukan pada semua pasangan selari dengan pengumuman perkahwinan ini. Muzik video Melodi Hati bakal dimuat naik di laman YouTube MVM Music pada 19hb November jam 2 petang,” tambah wakil Rusa Music itu.