Peka & Prihatin musibah banjir, Astro salur derma menerusi Konsert GV Kongsi Kasih

Iklan
KONSERT GEGAR VAGANZA KONGSI KASIH

PEKA dan prihatin dengan musibah banjir yang berlaku, pihak Astro mengambil keputusan untuk meneruskan siaran langsung Konsert Gegar Vaganza 8 (GV8) minggu kelima pada malam ini dengan Konsert Gegar Vaganza Kongsi Kasih.

Pengurus Saluran Astro Ri, Norzeha Mohd Salleh berkata, produksi GV melalui Yayasan Astro Kasih akan menghulurkan bantuan sebanyak RM80,000 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara NADMA dan Mercy Malaysia (RM40,000 setiap pertubuhan) bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan musibah yang melanda negara pada ketika ini.

Iklan
Iklan

"Kami berharap, dengan adanya bantuan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu setiap mereka yang terlibat dengan bencana banjir ini.

"Selain itu, pihak GV juga akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir yang akan diumumkan dengan lebih lanjut sewaktu konsert berlangsung malam ini.

Iklan

"Pada masa yang sama, Astro juga turut melancarkan kempen pengumpulan dana sebagai usaha mengumpul sumbangan dan derma kilat bagi membantu mangsa banjir.

"Semoga kita semua tabah menghadapi dugaan yang melanda ini, dan sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Bagi yang mahu menyalurkan bantuan untuk mangsa banjir Monsun Timur Laut, boleh berbuat demikian melalui Tabung Bantuan Bencana Negara ke akaun Bank Muamalat 1601-0001138-71-4 atau melalui MERCY Malaysia Flood Relief ke akaun Maybank 5621-7950-4126 & CIMB 8000-7929-08.