JUMAAT lalu negara sekali lagi diselubungi pilu dan sedih dengan kehilangan seorang wanita bersama lapan anak dalam satu kemalangan tragis melibatkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler.
Ujar satu-satunya insan yang selamat dalam kemalangan tersebut, Abd Razak Majit, 50, dia terpaksa menerima kenyataan itu walaupun amat perit untuk ditelan.
Dia kehilangan isteri tercinta, Norul Naziah Buyong, 37, bersama lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.
Bagaimanapun, seorang lagi anak lelaki mangsa yang berusia 14 tahun terselamat kerana tidak mengikuti keluarga berkenaan.
Berikut kronologi kejadian;
1. Abd Razak dan sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Padang Jawa, Klang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
2. Secara tiba-tiba, Proton Wira dinaiki mereka mengalami kerosakan bateri dan terpaksa berhenti di tepi jalan.
3. Ketika memeriksa kereta, sekelip mata Abd Razak sedar sudah terbaring atas jalan. Manakala kenderaan mereka pula berada di bawah treler.
7. Jenazah sembilan sekeluarga itu dimandikan dan disembahyangkan di Unit Forensik, Hospital Shah Alam pada 9 pagi 19 Disember, sebelum dibawa menggunakan lapan van jenazah yang diiringi sepasukan polis trafik.
8. Semua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad mengikut turutan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, jam 1.30 tengah hari 19 Disember 2021.
Sementara itu, pemandu treler berkenaan yang berusia 45 tahun dan dua anak lelakinya, masing-masing berusia 19 dan 14 tahun tidak mengalami kecederaan.
Abd Razak yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bersyukur proses pengebumian berjalan lancar dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.