Ketepikan seketika gajet, jom sertai cabaran Pepsi Blackout Hour untuk wujudkan detik berkualiti bersama insan tersayang

Iklan
f-pepsi

PANDEMIK Covid-19 telah menyebabkan orang ramai bergantung kepada gajet, sekali gus mewujudkan satu norma baharu yang menjadikan alatan itu sebagai pilihan untuk mewujud dan mengekalkan hubungan sosial.

Walaupun peranti pintar mempunyai pelbagai manfaatnya, tetapi ia juga menyebabkan kita kadang-kadang hilang fokus terhadap apa yang penting terutama pada waktu makan.

Iklan
Iklan

Justeru, bagi mengembalikan nilai dalam menikmati hidangan bersama-sama, Pepsi mengajak anda semua menyertai dan mengalami cabaran Pepsi Blackout Hour.

Iklan

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu meletakkan telefon anda ke tepi sepanjang waktu yang ditetapkan, kata Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee.

Iklan

Ujar Jennifer, peserta yang berjaya melengkapi cabaran akan memenangi e-Voucher Grabfood bernilai RM20 (selagi stok masih ada).

Untuk mengalami pengalaman sepenuhnya, orang ramai boleh mengunjungi cawangan restoran yang terlibat. Menariknya, korang berpeluang untuk memenangi hadiah tambahan termasuk barangan Pepsi yang menarik.

Mengulas lanjut, Jennifer berkata, pihaknya menyedari kepentingan mengeratkan hubungan dengan insan tersayang terutamanya pada waktu makan.

"Sehubungan itu, kami menggalakkan orang ramai untuk benar-benar menikmati waktu makan bersama insan tersayang menerusi cabaran Pepsi Blackout Hour.

Jadi, sama ada di restoran atau di rumah, pastikan anda menyertai Pepsi Blackout Hour.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Pepsi, PepsiMalaysia atau Instagram (@pepsimy).