UMUM maklum negara kini sedang berhadapan bencana banjir yang melanda banyak negeri di seluruh Malaysia.
Banjir kali ini bukan sahaja di Pantai Timur malah turut mengakibatkan Lembah Klang menjadi lumpuh.
Banjir teruk tersebut telah mengakibatkan banyak jalan ditenggelami air.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Seperti sebuah video yang tular yang dikongsi oleh pengguna bernama @drmegatms, kelihatan seorang lelaki sedang menjala ikan di sebuah jalan raya yang ditenggelami air.
Apa yang mengejutkan apabila jala yang dilemparnya itu dipenuhi dengan ikan-ikan sebaik saja dia menariknya.
Perkara berkenaan membuatkan si perakam video turut teruja lalu berjalan mendekatinya.
Lebih melucukan lagi, dia sempat bergurau meminta sedikit ikan itu daripada lelaki berkenaan.
Ujar mereka;
Video berkenaan kini telah meraih lebih 3.5 juta tontonan, 263K likes dan 23.4k shares di laman TikTok.