Intan Ladyana, suami positif Covid-19 dikejarkan ke hospital, ramai doakan kandungan

Iklan
01

PASANGAN selebriti Intan Ladyana, 38, dan Harris Alif, 21, dikhabarkan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh malam tadi akibat positif Covid-19.

Perkara tersebut dimuat naik dalam satu hantaran Instagram program hiburan terkenal, Melodi tengah malam tadi.

Iklan
Iklan

Menerusi posting berkenaan, dikhabarkan Intan juga kini sedang hamil anak pertama.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat meluahkan rasa bimbang mereka terhadap Intan yang sedang sarat hamil itu.

Iklan

[caption id="attachment_65476" width="800"] Intan dan Harris.[/caption]

Ribuan doa buat ibu dan bayi serta kata-kata positif turut menghujani ruangan komen tersebut.

Sehingga kini belum ada sebarang perkongsian atau pengumuman mengenai perkara tersebut oleh Harris.

Pasangan romantis, Intan dan Harris selamat diijabkabul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu.