Meriahkan minggu gaji anda dengan tawaran PaydaySale, rebut peluang beramal dengan #ShopeeGivesBack

Iklan
Shopee PaydaySale

SETIAP kali menjelang hujung bulan, Shopee Payday Sale akan memeriahkan minggu gaji anda dengan pelbagai tawaran istimewa.

Kali ini, kerancakan kempen DEC25 Payday Sale diselitkan dengan promosi kaw kaw sempena sambutan Hari Natal yang diraikan pada esok hari.

Iklan
Iklan

Jadi, apa tawaran menarik menanti kaki shopping? Nah! Electrifying X'Mas Wonderland memberikan tawaran serendah RM25 untuk perkakas elektrik.

Iklan

Antara item yang boleh diintai seperti tetikus tanpa wayar Philip M314 yang dijual pada harga RM25 sahaja berbanding harga asal RM38.90.

Iklan

Tidak kurang juga, seterika stim dengan non-stick soleplate dan pengecas pantas duo USB masing-masing ditawarkan pada harga RM25 sahaja.

Jangan lepaskan tawaran hebat apabila gajet seperti dron ditawarkan pada harga RM80.80 dan telefon pintar jenama Infinix Note 10 ditawarkan pada harga RM679.

Bagi mereka yang sedang mencari televisyen baharu di bawah harga RM500, boleh pertimbangkan tawaran Weyon Digital TV 32 inci.

Selain lebih banyak baucar dan pulangan tunai diberikan kepada kaki shopping, jenama terkemuka seperti Swiss Thomas, Marshall dan 7OMAI juga menawarkan potongan harga hingga 25 peratus untuk item terpilih.

Swiss Thomas misalnya, memberikan potongan harga cukup berbaloi dan menjimatkan kepada para ibu yang sedang mencari perkakas keperluan rumah seperti vakum, set pengisar pelbagai guna dan air fryer.

Untuk koleksi busana, Year End Party Outfits pastinya dapat memberi kepuasan buat mereka yang ingin membeli item serendah RM6 sahaja.

Boleh rambang mata dibuatnya apabila pelbagai pilihan yang cantik-cantik mengikut kategori beg, kasut, baju, aksesori dan fesyen muslimah.

Tidak tertumpu kepada para Hawa sahaja, para jejaka pun boleh suai dan padan pelbagai pilihan baju yang lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Bagi mereka yang sedang mencari kelengkapan untuk sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, barangkali boleh usha tawaran Get CNY-Ready Lovito dengan potongan baucar bernilai 50 peratus.

Selain itu, simpati dengan musibah banjir yang berlaku dalam negara, Shopee turut mengajak orang ramai untuk menyumbang dana semampunya untuk meringankan penduduk terjejas.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Melalui #ShopeeGivesBack Flood Relief Fund, setiap sen yang disumbangkan kepada Shopee waima RM1 sekali pun dapat menggembirakan hati mereka yang ditimpa musibah.

Hanya bermula RM1, RM5 hingga RM100 yang disalurkan terus ke Tabung Bantuan Mercy Malaysia, Islamic Relief Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Jadi, apa tunggu lagi? Sambil membeli-belah, kita boleh menghulurkan sumbangan seikhlas hati demi membantu mereka yang memerlukan. #kitajagakita #kitalaluibersama