Tiga bahan aktif tidak ditemui, sah objek ditemui wanita Terengganu bukan muntah paus

Iklan
GAMBAR HIASAN

BARU-baru ini negara digemparkan dengan penemuan objek dipercayai muntah paus yang bernilai jutaan ringgit.

Objek dipercayai muntah ikan paus itu ditemui seorang wanita dari Kemaman ketika memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang.

Iklan
Iklan

Mungkin ramai yang tertanya status objek tersebut, ternyata ia bukanlah seperti yang korang ramalkan.

Hasil hasil uji kaji penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Dungun dan makmal Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati ia bukan muntah paus atau ambergris.

Iklan

Baca juga: Wanita Terengganu Dakwa Temui Muntah Ikan Paus, 6 Fakta Mengenainya

[caption id="attachment_67350" width="800"] Kredit foto: Kosmo[/caption]

Iklan

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat, pihaknya mengambil sampel ketulan tersebut daripada wanita itu pada 15 Disember lalu untuk dianalisis.

Analisis yang dilakukan mendapati objek tersebut bukan muntah ikan paus kerana tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif iaitu:

- Ambrein

- Epicoprosterol

- Coprostanone

Mungkin kita semua melihatnya sebagai muntah ikan paus yang kerap ditemui nelayan negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand kerana rupa bentuknya yang seakan-akan sama.

Komposisi saintifiknya ialah Pyrazole sebanyak 94.56 peratus, manakala selebihnya ialah Pyrrole sebanyak 3.34 peratus.

Satu lagi analisis yang membuktikan ia bukan ambergris ialah takat leburnya yang lebih rendah.

Melalui analisis tersebut, takat lebur ketulan yang dijumpai adalah 76.04 ⁰C sedangkan takat lebur ambergris tulen ialah 82.32 ⁰C.

"Dakwaan mengatakan ketulan tersebut mengeluarkan bau yang wangi adalah diandaikan daripada bahan 1H-Pyrazole yang terdapat bersama ketulan tersebut dan bahan ini mempunyai salah satu struktur gegelang heterosiklik dan akan mengeluarkan bau atau aroma apabila dibakar," kata Ruzaidi.

Baca juga: Nelayan Bakal Bergelar Jutawan Segera, Jumpa ‘Emas Terapung’ RM5 Juta

Ruzaidi turut mengulas berkaitan isu perdagangan antarabangsa bagi muntah ikan paus.

Katanya, ia tertakluk kepada Akta 686 iaitu Perdagangan Antarabangsa mengenai spesies terancam dan memerlukan permit Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Mengenai Spesies Terancam (CITES) daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Rupanya ia bukanlah proses yang mudah. Tanpa permit tersebut, individu yang terlibat boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Muntah paus tinggi nilainya. Bahan tersebut itu banyak digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Bernama