Biasa hadapi banjir, lelaki Pantai Timur kongsi 7 peralatan mudahkan proses cuci rumah

Iklan
8

BANJIR melanda bukan sahaja menyebabkan ruang kediaman digenangi air, malah turut sama membawa kekotoran.

Kesan lumpur adalah antara yang sukar ditanggalkan dengan kaedah cucian biasa.

Iklan
Iklan

Manakala ruang kediaman juga berbau busuk susulan berhari-hari tanpa pengudaraan yang baik.

Bagi mangsa banjir, sudahlah banyak kelengkapan rumah rosak, terpaksa pula berdepan dengan proses membersihan yang rencam.

Iklan

Bagaimanapu, proses itu boleh dilakukan dengan mudah menggunaan peralatan yang sesuai.

Iklan

Perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Jodie ini boleh dijadikan panduan.

"Aku tinggal di Pantai Timur, banjir agak biasa di sini.

"Jadi aku senaraikan barang yang aku guna untuk bersihkan rumah selepas banjir. Harap dapat manfaat untuk semua,” titipnya.

Menurut bebenang yang dikongsikan, terdapat tujuh peralatan yang memudahkan proses bersihkan kawasan rumah selepas banjir.

1.Water Jet

Ia antara yang paling penting kerana akan menjimatkan masa dan tenaga korang untuk bersihkan lumpur.

2. Penyodok Air

Boleh beli di kedai, kedai hardware banyak jual ini. Di Shopee pun ada.

3. Sarung tangan

Pakai sarung tangan supaya tangan tidak melecet dan selamat. Air banjir itu air kotor.

4. But plastik kalis air

Bila banjir lumpur kita tidak nampak binatang atau objek tajam. Saya cadangkan pakai but kalau keadaan banjir seperti itu.

5. Plastik sampah tahan lasak (heavy duty)

Beli plastik sampah yang heavy duty, barulah ia tidak mudah terkoyak.

6. Pasir kucing

Jodie turut menjelaskan peranan pasir kucing dalam proses pembersihan selepas banjir. Katanya ia boleh menyerap bau lumpur.

7. Penyegar udara

Selepas banjir bau kediaman sangat busuk dan ia sukar untuk disingkirkan. Jadi gunakan penyegar udara. Boleh dikatakan setiap sudut saya letak. Tingkap pula pastikan dibuka.

Bagaimanapun, sebelum menggunakan barang-barang tersebut, Jodie mengingatkan supaya mengocak air banjir terlebih dahulu untuk membuang lumpur.

Manaklaa barang-barang rumah juga perlu dibasuh berulang kali untuk menghilangkan bau busuk.

Selepas dikeringkan kemudian barulah disembur air menggunakan water jet.

Tips yang dikongsikan ini sangat berguna untuk membersihkan kotoran banjir di rumah.

Malah ia juga praktikal ketika membantu mencuci kediaman mangsa-mangsa banjir. Semoga bermanfaat!

Sumber:">Twitter Jodie