Rupanya hanya guna kotak oven, wanita dikecam bawa keluar ketuhar dari Mydin jelaskan hal sebenar

Iklan
GAMBAR HIASAN (3)

SUSULAN kes melibatkan pecah kedai Mydin Mart Taman Sri Muda, beberapa video memaparkan kejadian itu tular di laman sosial.

Ia termasuk perbuatan wanita dipercayai terlibat membawa kotak ketuhar bersama seorang lelaki yang dikecam pelbagai pihak.

Iklan
Iklan

Mungkin ramai yang beranggapan wanita berkenaan mengambil ketuhar (oven) dalam situasi darurat itu. Namun ia tidak seperti yang disangkakan.

Baca juga: Mydin Mart Sri Muda Dipecah Masuk, Pengarah Urusan Halalkan Demi Kelangsungan Hidup

Iklan

Baca juga: Beg Ditemui Tidak Jauh Dari Mayat Kanak-Kanak Tertimbus, Bila Dibuka Isinya Amat Memilukan

Iklan

Menerusi paparan video berdurasi satu minit 16 saat yang dikongsikan di laman sosial Twitter, wanita itu menjelaskan bahawa dia menggunakan kotak ketuhar berkenaan untuk untuk mengisi makanan yang ingin dibawa pulang.

"Kotaknya sahaja kotak oven, di dalamnya bukan oven. Saya ambil untuk letakkan biskut, letak sardin.

"Bukannya oven dalam dia. Kalau saya ambil oven pun apa gunanya. Di rumah anak saya lapar, buat apa saya bawa balik oven.

"Anak sudah tiga hari tidak makan,” jelasnya yang telah ke pasar raya berkenaan ketika hari kedua banjir.

Wanita itu yang dikatakan sudahpun membuat laporan polis telah memohon maaf kerana menyebabkan ramai salah sangka dengan tindakannya.

Baru-baru ini SinarPlus melaporkan mengenai Mydin Mart Sri Muda yang dipecah masuk orang awam bagi mendapatkan makanan dan keperluan.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin seikhlas hati menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

Selain Mydin Mart, beberapa lagi kedai serbaneka telah dipecah masuk KK Mart, 7 Eleven dan pasar raya Jimat.

Baca juga: Baca juga: Sri Muda 'Trending' Di Twitter, Keadaan Mangsa Terkandas, Proses Menyelamat Runtun Hati Rakyat Malaysia

Sumber:"> Twitter ZakuwanAwang