AIR dicincang tidak akan putus. Begitulah yang boleh digambarkan dengan hubungan adik-beradik yang sememangnya penuh dengan kasih sayang.
Seperti sebuah video tular yang memaparkan kasih seorang abang kepada adik perempuannya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Dia mendukung adiknya menuju kepada pengantin lelaki memandangkan wanita itu tidak mampu berjalan dan menggunakan kerusi roda.
Dalam kapyen yang ditulis, lelaki itu meminta agar suami adiknya terus menyayanginya hingga ke akhir hayat dan pimpinlah tangan wanita itu hingga ke syurga.
Dia juga berharap orang ramai dapat sama-sama mendoakan kebahagian adiknya yang kini sudah berumah tangga.
Situasi mengharukan itu telah mendapat perhatian ramai dan telah ditonton lebih enam juta setakat ini.
Baca juga Rupanya hanya guna kotak oven, wanita dikecam bawa keluar ketuhar dari Mydin jelaskan hal sebenar
Rata-rata sebak melihat kasih sayang antara adik-beradik yang begitu kuat dan mendoakan agar pasangan tersebut terus berbahagia hingga ke syurga.
Sumber: TikTok 83suka, aidalaven