Al-Quran, buku agama rosak akibat banjir, hantar ke 6 lokasi pengumpulan disediakan JAIS

Iklan
al-quran

AL-QURAN dan kitab agama tidak terkecuali rosak dalam bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Selaras dengan tanggungjawab Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjaga kesucian ayat al-Quran, pihaknya telah menetapkan langkah-langkah yang perlu diambil orang ramai.

Iklan
Iklan

JAIS dalam kenyataannya telah menetapkan enam lokasi sebagai pusat pengumpulan bahan itu yang musnah dalam banjir.

Iklan

Bagi korang yang mempunyai naskhah al-Quran serta buku-buku agama yang rosak bolehlah menghantarnya ke lokasi berikut:

1. Tanah Perkuburan Islam Sungai Serai (Hulu Langat)

Iklan

2. Tanah Perkuburan Johan Setia (Klang)

3. Masjid Al-Madaniah USJ 18, Subang Jaya (Petaling)

4. Masjid As-Solihin, Kanchong Darat (Kuala Langat)

5. Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor (Kuala Selangor)

6. Masjid Raya Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya (Sepang)

Baca juga: [VIDEO] Idea Terbaik Persiapan Banjir, Ramai Tertarik Video ‘Bungkus’ Kereta Dengan Plastik

Dalam pada itu, JAIS mengingatkan pihak masjid untuk memastikan naskhah yang dihantar ditempatkan pada ruang yang sesuai, selamat, bersih dan jauh daripada laluan manusia atau haiwan bagi mengelakkan ia dilangkah atau dipijak. Ia juga perlu diletakkan pada kedudukan tinggi daripada paras biasa persekitaran.

Manakala bagi tempat penyimpanan tidak berbumbung, pihak masjid perlu menutup bahan-bahan tersebut menggunakan plastik atau kanvas bagi mengelakkan ia dibasahi hujan.

Difahamkan, JAIS akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi menguruskan pengangkutan daripada masjid kariah dan enam pusat pengumpulan sebelum proses pelupusan dilaksanakan.

Baca juga: Dokumen Hilang, Musnah, Mangsa Banjir Boleh Buat IC, Lesen, Pasport Percuma

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook JAIS

Foto: Bernama, Sinar Harian