Derma Organ: Hadiah Kehidupan Untuk Mereka
SETIAP hari, ada pesakit yang menunggu satu panggilan telefon yang mampu mengubah hidup mereka untuk terus hidup dan meneruskan impian.
Namun, tidak semua sempat menerima panggilan itu. Ada yang terus menunggu sehingga ke penghujung hayat akibat kekurangan organ untuk dipindahkan.
Di sebalik setiap kejayaan pemindahan organ pula, terselit satu pengorbanan yang luar biasa iaitu kesanggupan penderma dan keluarga menghadiahkan harapan baharu kepada insan lain.
Tetapi sejauh manakah kita benar-benar memahami tentang pendermaan organ ini?
Saksikan dalam siri Doktor & Anda, kita akan mengupas persoalan-persoalan tersebut dan menyingkap bagaimana derma organ mampu menjadi legasi kehidupan yang terus memberi makna walaupun selepas seseorang itu tiada.
Ikuti kupasan bersama Prof. Madya Dr Maisarah, Pakar Perunding Kanan Nefrologi Jabatan Perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang




