‘Tahniah Kak Ngah!’ Liza Hanim kongsi momen graduasi anak, raih Subjek Terbaik English
PENYANYI Liza Hanim meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak perempuannya, Marissa Qaireen, berjaya menamatkan Majlis Graduasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah.
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Haliza Hanim Abdul Hamid itu mengucapkan tahniah buat anak keduanya yang lebih mesra disapa kak ngah itu atas pencapaian meraih Subjek Terbaik - English.
“Alhamdulillah…. Selesai Majlis Graduasi batch Eunoia MRSM Alor Gajah.

“Tahniah Kak Ngah. Subjek Terbaik - English,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu mengenang lima tahun yang dilalui Marissa sepanjang berada di MRSM Alor Gajah.
Menurut Liza, tempoh berkenaan pastinya menyimpan pelbagai kisah dan kenangan yang menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anaknya.

“Lima tahun di Alor Gajah, bermacam kisah dan kenangan sebahagian daripada sejarah hidup seorang Marissa Qaireen,” katanya.
Bagaimanapun, perjalanan Marissa masih belum berakhir apabila kini tumpuan diberikan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Liza turut menitipkan doa agar segala urusan anaknya dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan ALLAH.
“Sekarang fokus untuk SPM. Doa ayah mama mengiringi kak ngah,” ujarnya.
Terdahulu, Marissa Qaireen menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
