Sultan Hassanal Bolkiah ziarah Tun M di IJN, momen dua tokoh negara curi perhatian

No Image Caption
A
A
A

PERTEMUAN antara dua tokoh negara sememangnya mempunyai sisi tersendiri, apatah lagi apabila berlangsung dalam suasana yang cukup dekat dan penuh rasa hormat.

Begitulah yang dapat dilihat ketika Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mendapatkan rawatan dan pemantauan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Baginda ditemani oleh anakandanya, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Dr Mahathir, kunjungan tersebut berlangsung pada 4 Oktober lalu.

Suasana lawatan Sultan Brunei di IJN pada Ahad - Foto: Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad
Suasana lawatan Sultan Brunei di IJN pada Ahad - Foto: Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad

No Image Caption

"KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mencemar duli menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2026," menurut perkongsian berkenaan.

Momen pertemuan kedua-duanya turut memperlihatkan kemesraan apabila mereka dilihat meluangkan masa bersama dan bertukar bicara.

Kunjungan itu hadir ketika negarawan berusia 101 tahun berdepan satu fasa kehidupan yang cukup berat selepas kehilangan insan yang menjadi pendampingnya selama lebih tujuh dekad.

Dr Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 29 September lalu untuk menjalani pemerhatian, sehari selepas isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di hospital sama pada usia 100 tahun.

Suasana lawatan Sultan Brunei di IJN pada Ahad - Foto: Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad
Suasana lawatan Sultan Brunei di IJN pada Ahad - Foto: Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad

Suasana lawatan Sultan Brunei di IJN pada Ahad - Foto: Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad
Suasana lawatan Sultan Brunei di IJN pada Ahad - Foto: Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad

Pemergian Tun Dr Hasmah selepas 70 tahun bersama sememangnya meninggalkan kesan besar buat keluarga, khususnya Dr Mahathir yang melalui sebahagian besar perjalanan hidup bersama wanita yang disifatkan sebagai teman hidupnya itu.

Anak mereka, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini memaklumkan bahawa bapanya memerlukan sedikit masa untuk benar-benar menerima hakikat pemergian ibunya.

Dalam perkongsian mengenai keadaan terkini bapanya, Mukhriz turut memaklumkan Dr Mahathir masih berada di bawah pemantauan pihak IJN.

Suasana lawatan Sultan Brunei di IJN pada Ahad - Foto: Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad
Suasana lawatan Sultan Brunei di IJN pada Ahad - Foto: Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad

Dalam suasana sebegini, kunjungan Sultan Hassanal Bolkiah bukan sekadar pertemuan antara dua pemimpin yang pernah melalui sejarah panjang, tetapi turut memperlihatkan nilai persahabatan dan keprihatinan yang tetap terjalin.

Pertemuan itu juga menjadi satu momen bermakna buat Dr Mahathir ketika beliau sedang melalui hari-hari yang penuh emosi selepas kehilangan teman hidupnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang