Dari misi kemanusiaan ke gelanggang berkuda, Farah Lee raih tempat keempat! 'Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki'


BUKAN calang-calang pempengaruh dan aktivis kemanusiaan Farah Lee apabila penampilan sulung dalam pertandingan berkuda Stride & Style 2.0 anjuran TIEP Bidong.
Lebih manis, percubaan pertama Farah dalam acara dressage dan show jumping itu turut membuahkan hasil apabila beliau berjaya membawa pulang beberapa kedudukan membanggakan.
Menerusi perkongsian HORSO Academy di Instagram, Farah atau nama penuhnya Nurfarahin Romli meraih tempat keempat bagi kategori Prep 2 daripada keseluruhan 13 peserta.
Tidak terhenti di situ, Farah turut menduduki tempat keenam bagi kategori Prep 1 dan Prep 3, selain tempat kelapan dalam acara SJ 0.1 meter Ground Pole.
Menariknya, penyertaan tersebut merupakan pengalaman pertama Farah menyertai pertandingan dressage dan show jumping.

"Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki, namun pengalaman ini bukan sekadar tentang mengumpul pingat atau kemenangan.
"Sebaliknya, ia adalah tentang membina keyakinan diri, menguasai teknik yang betul dan terus meningkatkan kemampuan dalam setiap tunggangan," kongsinya.
Lebih istimewa, majlis penyampaian hadiah turut disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu.
Momen itu pastinya menjadi satu kenangan bermakna buat Farah yang bukan sahaja membawa pulang pencapaian daripada penampilan sulungnya, malah memperoleh pengalaman berharga dalam sukan berkuda.
Difahamkan, Farah juga mengasaskan HORSO Academy sekali gus membuat penampilan sulung pada pertandingan itu.
Sekadar info, Farah berkahwin dengan atlet kuda lasak Muhammad Fuad Hashim pada 5 Januari 2024 yang pernah menjuarai kejohanan antarabangsa Piala Sultan Mizan sebanyak tiga kali.
Sumber: Threads
Demikian ungkapan tulus daripada personaliti media sosial, Farah Lee ketika ditemui dalam majlis resepsinya.
Simple namun cukup bermakna. Itulah yang boleh digambarkan kepada majlis yang diadakan untuk meraikan pasangan raja sehari itu.
Sekadar makluman, Farah dan suami tercinta, Fuad Hashim selamat diijabkabulkan pada 5 Januari lalu.
Berlangsung meriah dengan kehadiran rakan-rakan rapat, majlis tersebut diadakan di restoran milik personaliti dan hos, Farrah Adeeba iaitu di Padangs On Wheels, Subang Bestari, Selangor.
SinarPlus berkesempatan menemu bual ibu kepada Maream Esaabel itu. Dengarkan perkongsian beliau menerusi video ini.
#hiburansinarplus #majlisresepsi #farahlee #farahxfuad #sinarplus #lifestylesinarplus #lifestylesinarharian">
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
