Menang percutian impian ke Sabah, Sarawak dan Pahang, LARRIE raikan tiga pelanggan bertuah
PERCUTIAN ke destinasi menarik dalam negara pastinya menjadi antara cara terbaik untuk berehat sambil mencipta kenangan baharu bersama insan tersayang. Lebih istimewa apabila peluang meneroka keindahan Malaysia hadir sebagai hadiah yang tidak disangka-sangka.
Itulah pengalaman yang bakal dinikmati tiga pelanggan bertuah LARRIE apabila masing-masing membawa pulang pakej percutian ke Sabah, Sarawak dan Pahang menerusi peraduan Travel with LARRIE Spend & Win 2026.
Kejayaan mereka diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Ibu Pejabat LARRIE, Bukit Serdang, baru-baru ini.
Menariknya, hadiah utama yang ditawarkan bukan sekadar ganjaran untuk pelanggan, malah membuka peluang kepada pemenang mengenali dengan lebih dekat keindahan alam semula jadi dan tarikan pelancongan tempatan.

Menerusi peraduan yang berlangsung dari Julai hingga September 2026 itu, Nurlina Binti Awang muncul pemenang tempat pertama dan membawa pulang pakej The Ultimate Borneo Wildlife Adventure bernilai RM15,000 berserta baucar produk LARRIE bernilai RM1,000.
Tempat kedua pula menjadi milik Muhammad Azizi Bin Arif yang memenangi pakej The Lost World of Sarawak bernilai RM10,000 serta baucar produk LARRIE bernilai RM800.
Sementara itu, Low Pork Nee yang menduduki tempat ketiga menerima pakej percutian Mutiara Taman Negara, Pahang bernilai RM5,000 bersama baucar produk LARRIE bernilai RM500.
Ketiga-tiga destinasi berkenaan menawarkan pengalaman berbeza. Sabah terkenal dengan kepelbagaian hidupan liarnya, Sarawak pula kaya dengan keindahan alam dan warisan tersendiri, manakala Taman Negara, Pahang menjanjikan suasana kehijauan hutan hujan tropika yang cukup mendamaikan.

Dalam kesibukan menjalani rutin harian, peluang sebegini pastinya memberi ruang kepada pemenang untuk berehat seketika, meneroka tempat baharu dan mengumpul pengalaman bersama keluarga atau insan tersayang.
Sebagai rakan strategik Tahun Melawat Malaysia 2026, LARRIE turut menjadikan kempen berkenaan sebagai salah satu usaha memperkenalkan kepelbagaian destinasi pelancongan tempatan kepada orang ramai.

Pendekatan itu memperlihatkan bagaimana sebuah kempen pelanggan boleh diselitkan dengan elemen penerokaan negara sendiri, sekali gus mengingatkan orang ramai bahawa Malaysia mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi.
Dalam masa sama, kempen tersebut mencerminkan hasrat LARRIE untuk mewujudkan hubungan lebih dekat dengan pelanggan menerusi pengalaman yang melangkaui produk yang ditawarkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

