OLIMPIK merupakan temasya sukan antarabangsa yang dianjurkan empat tahun sekali.

Pun begitu, Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan tahun lalu terpaksa diadakan pada tahun ini berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seantero dunia.

Temasya sukan berprestij itu kini berlangsung antara 23 Julai 2021 hingga 8 0gos 2021 melibatkan kira-kira 10,000 atlet dari 206 negara.

Bercakap mengenai negara-negara yang mengambil bahagian mungkin ketika pembukaan Sukan Olimpik 2020 berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo korang perasan terdapat negara jarang didengari.

Jom SinarPlus kongsikan 10 negara yang jarang kita dengar dan mengetahui akan kewujudan negara tersebut.

1.Antigua and Barbuda

Negara ini terdiri daripada pulau-pulau yang membentuk negara bebas di Antillen Kecil, Laut Caribbean Timur di hujung selatan rantaian Kepulauan Leeward. St. John’s yang terletak di Antigua merupakan ibu negara.

Majoriti penduduknya berketurunan Afrika dan menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi. Kira-kira dua pertiga daripada penduduk negara itu beragama Kristian.

Antigua and Barbuda telah menghantar enam atlet ke Olimpik Tokyo 2020.

2. Aruba

Ia terletak di sebuah pulau barat daya Antillen Kecil di Laut Caribbean. Kedudukannya 80 kilometer (km) barat laut Curaçao dan 29km ke utara semenanjung Venezuela Paraguana.

Aruba dahulunya merupakan sebahagian daripada Belanda. Negara itu antara menjadi tarikan pelancong lantaran pantainya berpasir putih. Ibu negaranya adalah Oranjestad yang juga merupakan pelabuhan utama.

Negara ini mempunyai populasi seramai 112,300 orang daripada pelbagai etnik seperti India Amerika Belanda, Sepanyol dan Afrika. Bahasa rasmi mereka ialah bahasa Belanda dan Papiamentu.

Aruba menghantar tiga atlet menyertai Olimpik Tokyo 2020.

3. Belize

Belize ialah sebuah negara yang terletak di pantai timur laut Amerika Tengah. Ia dikenali sebagai British Honduras hingga tahun 1973 dan telah mencapai kemerdekaan pada 21 September 1981.

Dari segi faktor geografi Belize memiliki kepelbagaian tanah pergunungan, paya dan hutan tropika. Sempadan negara itu ialah Mexico di utara, Guatemala di barat dan selatan dan Laut Caribbean di bahagian timur. Belize mempunyai garis pantai sepanjang 174 batu (280 km).

Tiga atlet negara itu dihantar menyertai Olimpik Tokyo 2020.

4. Benin

Benin atau nama rasminya Republik Benin, Perancis République du Bénin.

Negara yang menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi juga mempunyai dialek etnik tersendiri.

Terdapat tujuh etnik utama di Benin iaitu Fon, Aja, Yoruba, Bariba, Fulani, Otammari dan Yoa-Lokpa. Negara yang mempunyai populasi seramai 12,252,000 ditadbir oleh Presiden Patrice Talon.

Republik itu menghantar tujuh atlet untuk menyertai Olimpik Tokyo 2020.

5. Djibouti

Djibouti ialah sebuah negara kecil terletak di pantai timur Afrika. Ia terletak di sebelah timur Selat Bab el Mandeb dan dipisahkan Laut Merah dari Teluk Aden.

Dahulu dikenali sebagai Perancis Somaliland (1896-1967) dan Wilayah Afar dan Issas Perancis (1967–77) sebelum bertukar pada Djibouti selepas memperoleh kemerdekaan daripada Perancis pada 27 Jun 1977.

Negara itu menggunakan bahasa Perancis dan Arab sebagai bahasa rasmi. Djibouti menghantar empat atlet ke sukan Olimpik tahun ini.

6. Eritrea

Eritrea sebuah negaransempadan dengan Sudan, Ethiopia dan Djibouti.

Iklan

Negara dengan populasi 5.6 juta rakyat itu mencapai kemerdekaan daripada Ethiopia pada tahun 1993 setelah berperang selama 30 tahun.

Bahasa pertuturan negara tersebut ialah Tigrinya, Tigre, Arab dan Inggeris. Rakyat Eritrea terdiri daripada umatbIslam dan penganut Kristian. Mata wang digunakan ialah Nakfa. Eritrea menghantar 13 atlet untuk menyertai Olimpik Tokyo 2020.

7. Eswatini

Eswatini salah sebuah negara anggota Komanwel. Ia bersempadan dengan Mozambique da mempunyai populasi seramai 1.1 juta rakyat dengan keluasan negara 17,400 kilometer persegi.

Ibu negara Eswatini ialah bandar Mbabane manakala pusat pentadbiran pula ialah di Lobamba. Mata wang bagi negara itu ialah Rand dan Lilangeni. Eswatini menghantar empat atlet ke Olimpik Tokyo tahun ini.

8. Gabon

Sebuah negara terletak di tengah benua Afrika. Ia bersempadan dengan Guinea, Cameroon dan Republik Congo.

Ibu negara Gabon ialah bandar Libreville manakala bahasa rasmi ialah bahasa Perancis. Hasil bumi seperti petroleum menjadikan Gabon salah satu negara paling kaya di Sub-Sahara Afrika dengan pendapatan per kapita kelima tertinggi di Afrika. Gabon menghantar lima atlet untuk ke Olimpik Tokyo 2020.

9.Kiribati

Kiribati atau Republik Kiribati adalah sebuah negara pulau di Lautan Pasifik. Penduduknya melebihi 119,000 orang yang mana lebih separuh daripadanya tinggal di Atawa Tarawa.

Negeri itu terdiri daripada 32 kepulauan terumbu karang dan satu pulau karang iaitu Banaba. Daripada jumlah itu hanya 21 lokasi dijadikan penempatan.

Iklan

Negara jiran Hawaii itu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan menghantar tiga atlet untuk menyertai Olimpik Tokyo 2020.

10. Tuvalu

Tuvalu sebelum ini dikenali dengan nama Kepulauan Ellice. Ia adalah sebuah negara di olinesia Oceania, Lautan Pasifik. Pulau-pulaunya terletak sekitar pertengahan antara Hawaii dan Australia.

Tuvalu terdiri daripada tiga pulau terumbu dan enam atol. Negara kecil berkenaan mempunyai populasi 10,507 bersaiz adalah 26 kilometer persegi.

Muka bumi Tuvalu terdiri daripada kepulauan gunung berapi dan tiga pulau terumbu iaitu Nanumanga, Niutao dan Niulakita serta enam atol iaitu Funafuti, Nanumea, Nui, Nukufetau, Nukulaelae dan Vaitupu. Tuvalu menggunakan mata wang dollar Australia dalam.

Walaupun kecil, Tuvalu tetap menghantar dua atlet untuk menyertai Olimpik Tokyo 2020.

Sumber: olympics.com