[20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian

MAJLIS persandingan diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman mempamerkan keunikan dan kekayaan tatasusila serta adat istiadat diraja Brunei yang diamalkan sejak zaman-berzaman.

Baca juga: Kakanda Putera Mateen, Pengiran Anak Puteri Fadzilah bakal bernikah 20 Januari, majlis berlangsung 10 hari

Iklan
Iklan

Majlis istiadat tersebut dihiasi Dian Alam Bernaga dan Dian Empat serta empat Dian Bunga, yang diletakkan di kiri kanan pintu Balai Singgahsana Indera Buana termasuk Nasi Tumpang Pengantin Diraja Perempuan dan Nasi Tumpang Pengantin Diraja Lelaki yang sedia diletakkan di tempat yang ditentukan.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, didahului oleh Penglima Diraja yang membawa Pemuras serta Karga, dan Penglima Asgar yang membawa Kelasak dan Kampilan serta diiringi oleh Pembawa-pembawa Alat-alat Perhiasan Tunggal.

Penuh istiadat, persandingan pengantin diraja dimulakan dengan bacaan selawat oleh Mufti Kerajaan diiringi dengan tembakan meriam sebanyak 17 das dan doa selamat.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen kemudian menjunjung anugeraha untuk menjunjung kedua-dua Pengantin Diraja berangkat dari majlis.

Baca juga: ‘Tenang air muka, cantik macam bonda.’- Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Baca juga:’Orang tua-tua cakap sejuk ikut muka mak.’- Dedah wajah terkini Putera Wakeel, perkongsian Azrinaz raih perhatian

 

Terdahulu, istiadat perkahwinan diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah yang berlangsung bermula 16 Januari hingga 25 Januari 2022 menjadi perhatian dunia.

Baca juga: Terkini dan kontemporari, busana indah mempelai diraja Brunei rupanya direka Bernard Chandran

Sumber: Jabatan Penerangan Brunei Darussalam, Pelita Brunei, Media Permata Brunei

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

8 hours ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

2 days ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

2 days ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago