Bakar isteri hidup-hidup lantaran cemburu wanita itu keluar bekerja. Ini kisahnya yang menakutkan

GARA-GARA cemburu tak tentu fasal, seorang wanita di Sumatera Utara, Indonesia dibakar hidup-hidup oleh suaminya sendiri!

Kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kota Tanjungbalai itu menggemparkan penduduk setempat.

Lapor Kompas.com, mangsa yang merupakan pekerja di sebuah kafe pada awalnya dikatakan bergaduh mulut bersama suaminya.

Evi Juhaini dilaporkan bertekak dengan suaminya yang menghalang beliau untuk bekerja di kafe berkenaan.

Sebelum kejadian, suspek yang bekerja di luar daerah mendapat tahu bahawa isterinya tidak berada di rumah.

Lagi membuatkannya berang, mangsa mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pembantu jualan itu adalah tanpa pengetahuannya.

Meskipun sudah melarang wanita itu untuk tidak berbuat demikian, Evi Juhaini tetap dengan pendirian untuk terus bekerja.

Perasaan cemburu lelaki itu memuncak sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar jangka.

Iklan
Iklan

Tidak puas bertengkar, suspek kemudian mengambil minyak sebelum menyimbah ke arah mangsa.

Tanpa belas kasihan, mangsa dibakar menggunakan pemetik api.

KESAN MELECUR TERUK

Demi menyelamatkan diri, wanita itu kemudian lari ke luar rumah sebelum disedari jiran tetangga.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Akibat insiden tersebut, Evi Junaihi mengalami kecederaan pada bahagian badan, tangan, dada dan sebahagian muka.

Hasil laporan polis, suami mangsa berjaya ditahan pada hari yang sama.

Menurut portal berkenaan, banyak lagi kes membabitkan kes bakar pasangan yang didedahkan oleh media Indonesia sebelum ini.

Berikut disenaraikan kes-kes yang pernah dilaporkan:

1. Bakar isteri dan bayi hidup-hidup

– Kejadian dilaporkan berlaku pada 16 April 2022.
– Hanya kerana mahu membunuh diri, isteri dan anak menjadi mangsa.
– Seorang lelaki, Agus Suwarno, 32, dituduh membunuh isteri dan anaknya berusia 15 bulan.
– Mangsa mengalami kecederaan parah hampir 95 peratus akibat dibakar manakala bayi malang meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca juga Suami cuba bakar isteri, berang sering tersenyum bermain telefon bimbit

 

2. Ancam bunuh kerana dituduh curang

– Seorang wanita hamil tiga bulan dan anak lelakinya dibakar oleh suami yang kuat cemburu pada 29 September 2021.
– Mangsa merupakan isteri kedua itu tidak tahan dituduh curang, lalu mahu pulang ke rumah ibu bapanya.
– Marah dengan tindakan tersebut, suspek membakar beg pakaian sehingga terkena mangsa dan anaknya.

3. Ancam parang dan bakar rumah

– Bukan sahaja bunuh isteri, malah rumah turut dibakar pada 31 Januari 2021.
– Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana isterinya membawa skandal ke rumah.
– Lagi teruk, saat orang ramai mahu menangkap lelaki itu, bapa suspek mengancam dengan parang sebelum melarikan diri.

Baca juga Kejamnya! Wanita maut ditikam, dibakar 2 kali oleh kekasih tidak bertanggungjawab dalam kebun sawit, kronologi menyayat hati

4. Bakar isteri kerana ambil telefon

– Kejadian berlaku pada 11 September 2022.
– Berang dengan tindakan isteri mengambil dan membuka telefon tanpa izin, seorang lelaki bertindak membakar mangsa menggunakan minyak tanah.
– Sebelum kejadian, mangsa menegur suaminya kerana memiliki video porno di dalam telefon berkenaan.
– Marah dengan teguran tersebut, suspek kemudian membakar mangsa dan anaknya berusia tujuh tahun ketika sedang mandi.

Sampai hati pasangan sanggup memperlakukan sedemikian rupa kepada isteri sendiri.

Bukan saja melibatkan wanita, malah anak yang masih kecil turut menjadi mangsa.

Baca juga Luluh hati… 4 beradik maut rumah terbakar ditemui dalam bilik air, 8 info kejadian

Meskipun cemburu atau marah sekali pun, semua itu boleh dibawa berbincang.

Moga insiden menakutkan tersebut menjadi iktibar buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

Tumbuhan hijau sumber inspirasi, Darwennah Siska guna nama sendiri untuk jenama fesyen. ‘Unik, rare & pilihan ibu tersayang’

MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…

3 hours ago

Bawa kain bertulis ‘Free Palestine’, anak bongsu Perdana Menteri berani pamer solidariti dalam majlis konvoksyen di New York

TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…

3 hours ago

5 tahun ‘berehat’ daripada berlakon, Julia Ziegler rindu nak ‘comeback’. ‘Kerja terbaik di dunia jadi ibu…’

“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…

3 hours ago

Kuih kaswi ‘gedik’ resipi tular, cukup mudah nak buat & bahan pun simple je. Wanita ini kongsikan caranya!

PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…

5 hours ago

Tular video di atas pelamin, Zainal Ariffin berkahwin?

BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…

5 hours ago

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

8 hours ago