Berstatus isteri, dua wanita ini nikah lain tanpa pengetahuan suami

Copy of Copy of gambar portal_20240423_005933_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240423_005933_0000
A
A
A

 

PELIK tapi benar, kisah dua wanita di wilayah Sulawesi Barat tular selepas mengahwini lelaki lain tanpa pengetahuan suami masing-masing.

Kebiasaan lelaki yang membuat perangai kahwin lebih dari satu, tanpa izin dan pengetahuan isteri, kes ini pula terbalik yang mana mereka 'menduakan' suami.

Kedua-dua wanita itu adalah warga Kota Mamuju Sulbar, menikah sekali lagi meskipun berstatus isteri orang.

Kejadian pertama, perbuatan wanita dikenali R, 45, dilihat oleh sang suami, S, 50, yang terkejut saat pulang dari perantauan apabila isterinya berada dalam pelukan lelaki lain.

Dikatakan S sudah dua tahun berhijrah ke Kalimantan dan akhirnya pulang ketika Aidilfitri baru-baru ini.

Dia mendapati isterinya sudah menikah dengan orang lain dan membuat laporan ke atas mereka.

Begitu juga kes kedua, seorang suami dikenali H, 35, membuat laporan terhadap isterinya, S, 35.

Daripada keterangan kedua-dua pasangan itu, setakat ini tiada

sesiapa memfailkan perceraian.

Bagaimanapun, kedua-dua wanita terbabit ditahan polis dan siasatan telah dilakukan.

“Pasangan suami isteri dilarang berselingkuh atau berkahwin dengan orang lain tanpa izin.

“Jika hal tersebut terjadi dan pasangannya membuat laporan di balai polis, maka pelaku boleh dihukum atas kesalahan zina.

“Saya minta warga Mamuju dapat memahami hukum perkahwinan dan agama agar tidak terjadi lagi seorang isteri menikah lain tanpa izin suami,” kata pegawai polis, H Muhtar.

Sumber Tribunes News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang