SIAPA pun tidak akan menyangka, hanya dengan gambar selfie di depan komputer sahaja, seseorang boleh menjana pendapatan sampingan bernilai ribuan ringgit.

Itulah yang dilakukan pemilik Twitter, @Ghozali_Ghozalu yang mana kompilasi swafoto yang diambil setiap hari tanpa gagal sejak tahun 2017 akhirnya membuahkan hasil.

Kegigihan yang ditunjukkan pemuda dari Indonesia tersebut dengan menjual koleksi yang dinamakan Ghozali Ghozalu 5 Year Edition di dalam platform digital, NFT nampaknya tidak sia-sia.

Walaupun mengambil masa lima tahun, usaha demikian cukup berbaloi kerana koleksi peribadi tersebut berjaya dijual di pasaran OpenSea yang menggunakan mata wang digital.

nft gambar selfie

Pemuda terbabit mendedahkan dalam akaun Twitter baru-baru ini apabila salah satu swafotonya berjaya terjual pada harga 0.22 ETH atau RM3,077 (mengikut harga tukaran semasa).

Bagi mereka yang belum tahu apa itu NFT? Ia merupakan satu pasaran jual beli yang menggunakan mata wang digital yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia.

Baca juga 3 contoh video biasa-biasa tapi dapat jana duit guna YouTube bila…

Dalam akaun OpenSea, Ghozali menulis, kesemua koleksi swafoto yang diambil ketika usianya 18 tahun hingga 22 tahun.

“Gambar tersebut diambil di depan komputer setiap hari,” tulisnya yang menyertai Opensea sejak Disember 2021 dengan 933 koleksi gambar.

Pada asalnya, tujuan sebenar pemuda tersebut mengambil gambar selfie setiap hari adalah hanya kerana untuk membuat satu video pendek sebagai kenangan hari graduasi.

Tulisnya, mungkin selepas sudah tamat belajar di kolej, semua koleksi gambar itu menjadi kenangan foto graduasi yang cool.

Barangkali sudah rezeki, koleksi gambar yang diperdagangkan di platform NFT tersebut menarik perhatian pembeli.

Iklan

Baca juga Pemuda pecah tabung duit kahwin, setahun berjaya kumpul RM19,000 – “Jangan malu naik motor”

Meskipun masih tidak faham kenapa gambarnya boleh laku terjual, namun pemuda berkenaan bersyukur dengan rezeki.

“Setakat ini, sudah lebih 331 NFT terjual. Kamu boleh buat apa sahaja terhadap gambar itu tetapi jangan salah guna ya. Saya percaya anda boleh jaga dengan baik,” tulisnya dalam satu hantaran.

nft gambar selfie

Jika dihitung, boleh bergelar jutawan NFT sekelip mata jika kesemua foto berjaya dijual.

Iklan

Betullah orang cakap, usaha tangga kejayaan. Biarpun ketika ini, hasilnya belum nampak lagi, namun percayalah satu hari nanti akan berjaya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mana tidaknya, kemajuan teknologi zaman sekarang ini memungkinkan segala-galanya.

Sedangkan kereta terbang sudah berjaya dicipta, inikan pula penggunaan mata wang digital yang semakin popular. Silap hari bulan, boleh gantikan wang kertas.

Mungkin juga kejayaan pemuda tersebut boleh dijadikan contoh anak muda untuk menjana pendapatan. #kitajagakita #kitalaluibersama