Jasad dalam keadaan sempurna, mayat pendaki warga Amerika ditemui bawah runtuhan salji selepas 22 tahun

No Image Caption
A
A
A

KISAH seorang pendaki gunung dari Amerika yang dilaporkan hilang ketika mendaki puncak bersalji di Peru pada Jun 2002 baru-baru ini kembali diperkata apabila jasadnya telah ditemui.

Mangsa, William Stampfl ditemui pada Isnin lalu selepas mayat tersebut terdedah selepas pencairan ais akibat perubahan iklim.

Pada 22 tahun lalu, mangsa dikatakan tertimbus oleh runtuhan salji ketika rombongan pendakiannya di gunung Huascaran dengan ketinggian mencapai lebih 6,700 meter (22,000 kaki). Malah, disebabkan itu, usaha mencari dan menyelamat tidak membuahkan hasil.

Polis Peru berkata, mangsa ditemui dalam keadaan sempurna serta lengkap berpakaian di banjaran Cordillera Blanca di Andes.

Pasportnya ditemui dalam beg galasnya, membolehkan polis mengenal pasti mayat itu.

Pergunungan di timur laut Peru, yang menempatkan puncak bersalji seperti Huascaran dan Cashan, menjadi antara kegemaran pendaki gunung dari seluruh dunia.

Jun lalu, seorang pendaki gunung Itali yang berpengalaman ditemui mati selepas beliau terjatuh ketika cubaan mendaki satu lagi puncak Andes.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang