Jutawan wanita sanggup makan makanan kucing dalam tin gara-gara berjimat

Jutawan wanita sanggup makan makanan kucing dalam tin gara-gara berjimat

MAKAN makanan kucing? Ya, itu yang terjadi kepada seorang wanita dalam usaha untuk berjimat.

Lapor portal Daily Mirror, wanita tersebut digelar ‘jutawan termurah di dunia’ kerana dia lebih gemar makan makanan kucing dalam tin berbanding tuna dalam usaha pelik untuk menjimatkan wang.

Aduhai jimat ke kedekut tu?

Bintang siri realiti televisyen Extreme Cheapskates, Aimee Elizabeth dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) itu khabarnya mempunyai nilai kekayaan bersih lebih AS$5.3 juta (RM23.14 juta).

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, dia lebih sanggup menjimatkan wang dengan membeli makanan kucing dalam tin kerana ia lebih murah daripada membeli tuna dalam tin untuk menjadi makanannya.

Salah seorang rakan Elizabeth memberitahu dalam rancangan TLC, pernah satu ketika itu dia ke rumah Aimee dan menawarkan untuk makan tengah hari.

Baca juga 4 destinasi tarikan si bulus, pengunjung siap boleh sumbang dana untuk keperluan kucing memerlukan

Gambar fail.

Ujarnya, Aimee membuatkan sandwic tuna namun ketika dia makan, didapati makanan itu sedikit hanyir.

Namun ketika itu dia terpandang ke atas meja hanya ada tin makanan kucing yang kosong.

“Jadi saya berkata, tentu. Dia membuatkan saya sandwic tuna. Semasa saya makan sandwic, saya berfikir, ini (sandwic) hanyir sedikit, apakah ini?

Baca juga Tak penuhi ‘hajat’ suami 2 kali sehari kerana penat, pelakon dibelasah hingga berlumuran darah

“Kemudian saya melihat di atas meja dan saya perhatikan terdapat tin makanan kucing yang kosong,” katanya.

Dalam pada itu, dia berkata kepada dirinya bahawa Elizabeth mungkin tidak menggunakan makanan kucing dalam tin ketika membuat sandwic untuknya.

Namun, Elizabeth yang merupakan seorang penulis mengaku bahawa tin makanan kucing adalah AS$0.30 sen (RM1.31) lebih murah daripada tin ikan untuk manusia. – Agensi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Lagi pokok tumbang di ibu kota, hempap kenderaan di Jalan Pinang

INSIDEN pokok tumbang menghempap kenderaan di ibu kembali berulang apabila sebatang daripadanya dilaporkan berlaku di…

2 hours ago

Elak duduk lama dalam tandas & suka meneran jika tak mahu alami buasir, pakar ini turut kongsikan 8 tip pencegahan

BUASIR atau lebih dikenali sebagai hemoroid, adalah masalah kesihatan yang sering diabaikan dan kurang dibincangkan…

2 hours ago

Tular berkelah & memasak di stesen minyak, sekumpulan anak muda disekolahkan netizen. 5 perkara perlu tahu elak kecelakaan

SEKUMPULAN anak muda bersantai seolah-olah sedang berkelah di sebuah stesen minyak di Genting Highlands baru-baru…

3 hours ago

RMHC Malaysia santuni kanak-kanak istimewa dan keluarga, kongsi keceriaan bulan Syawal menerusi majlis rumah terbuka

PERSATUAN Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) baru-baru ini berkongsi keceriaan Hari Raya Aidilfitri bersama…

3 hours ago

“Segera pulihkan keadaan seperti biasa, tak nak konflik terpalit kepada waris.” Achey Bocey

KONFLIK berpanjangan antara pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah…

4 hours ago

Bengang jalan raya rosak tak dibaiki, wanita protes, tak geli posing dalam lopak air berlumpur

KEROSAKAN jalan seperti jalan berlubang boleh memudaratkan keselamatan pengguna jalan raya. Bengang kerana sudah lama…

5 hours ago